MID NUFF

b) Berikan sekurang-kurangnya enam ciri-ciri insan yang bermoral. Bincangkan cirri-ciri tersebut dari perspektif pemikiran barat, timur dan Islam. Berikan contoh yang relevan dengan situasi kehidupan.


b)        Berikan sekurang-kurangnya enam ciri-ciri insan yang bermoral. Bincangkan cirri-ciri tersebut dari perspektif pemikiran barat, timur dan Islam. Berikan contoh yang relevan dengan situasi kehidupan.


1)    Menghormati autoriti
Huraian dan contoh
Insan yang bermoral ialah insan yang mempunyai sifat hormat menghormati antara satu sama lain. Menghormati autoriti merangkumi ahli keluarga, saudara mara, rakan dan masyarakat perlu menjadi asas bagi mencapai ciri insan yang bermoral . Menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa adalah sangat penting bagi mencapai kesejahteraan dan mendapat keberkatan dalam hidup. Menderhaka kepada ibu bapa merupakan satu dosa besar dan mendapat kelaknatan daripada Pencipta. Sekiranya kita ingin dihormati oleh orang lain, kita perlulah menghormati orang lain terlebih dahulu.

Contohnya, seorang guru sentiasa dihormati oleh masyarakat kerana tugasnya yang begitu besar mendidik anak bangsa dan guru juga mempunyai etikanya tersendiri iaitu menghormati autoriti.
Perspektif pemikiran Barat
Dalam kitab Old Testament terdapat sepuluh commandment peraturan yang telah diwahyukan kepada Jesus Christ dan salah satu daripadanya ialah hormatilah ibu ayahnya.
Perspektif pemikiran Timur
Pengajaran di dalam ajaran Confucius menekankan kepentingan kehidupan bermasyarakat dan institusi keluarga. Lima jenis perhubungan baik di dalam ajaran Confucius menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua.

Terdapat dalam salah satu teori Dharma (etika hindu) iaitu menghormati orang yang lebih tua.
Perspektif pemikiran Islam
Ajaran Islam mewajibkan setiap penganutnya menghormati orang lain terutamanya ibu bapa yang telah melahirkan kita ke dunia ini. Saranan ini diperkukuhkan lagi dengan  hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjanjika syurga kepada mereka yang taat kepada ibu bapanya.























2)    Berbudi pekerti mulia
Huraian dan contoh
Berbudi pekerti mulia dan merangkumi pelbagai aspek sama ada dari segi percakapan atau pertuturan yang berbudi bahasa dan tingakah laku atau perbuatan yang sopan. Seseorang yang berbudi pekerti mulia kebiasaannya mudah disenangi oleh masyarakat disekelilingnya dan sentiasa dihormati serta disayangi oleh orang lain. Bagi mencapai ciri berbudi pekerti mulia ini, setiap insan perlulah menghiasi diri mereka dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan disenangi sama ada hubungan dengan Pencipta, ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, rakan dan masyarakat.

Sebagai contoh, setiap muslim akan menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai inspirasi dan tauladan atas sifatnya yang berbudi pekerti mulia.
Perspektif pemikiran Barat
Wallace, J.D. (1978) yang banyak membincangkan tentang akhlak mulia (virtues) dan kelakuan jahat (vices). Beliau juga telah banyak memberikan bukti bahawa keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk seseorang manusia serta ketenteraman hidup di sesebuah masyarakat.

Feng, Z (1993) dalam laporannya tentang pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah-sekolah negara barat, telah mengemukakan kenyataan bahawa perkembangan akhlak yang mulia pada diri seseorang pelajar semasa pembelajaran di sekolah merupakan kurikulum yang utama dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

Perspektif pemikiran Timur
Pandangan timur iaitu Aristotle, berpendapat keperibadian mulia termasuklah kemurahan hati. Keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik seperti kemurahan hati. Beliau juga menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan memerlukan latihan dan mengamalkanya sehingga ia menjadi kebiasaan pada diri seseorang itu.
Perspektif pemikiran Islam
Potongan ayat suci Al-Quran:
`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu iaitu bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah
                                                           (Surah Al-Ahzab, 21)

















3)    Tetap pendirian
Huraian dan contoh
Insan yang bermoral ialah insan yang tetap dengan pendiriannya dan tidak goyah jika ditimpa sebarang musibah atau disogok dengan sebarang kesenangan. Insan yang tetap pendirian akan tegas dengan prinsipnya dan tidak akan sesekali menggadaikan prinsipnya untuk memenuhi kehendak nafsu atau untuk kepentingan dirinya dan orang lain.

Contohnya, insan yang tetap pendirian tidak akan sesekali berbohong untuk mencapai kesenangan dengan mudah seperti ketika menghadapi peperiksaan. Malah, insan seperti ini akan sentiasa menjaga amanah dan tidak akan menipu dengan meniru semasa peperiksaan. Kejayaan yang diperoleh adalah berlandaskan usahanya sendiri dan bukan dengan menipu di dalam peperiksaan kerana insan tersebut mempunyai prinsipnya yang teguh dan tetap.
Perspektif pemikiran Barat
Brandt (1979) menyatakan seseorang individu mesti mempercayai justifikasi bagi motivasi, perasaan berdosa, sikap bersetuju, perasaan menyanjungi, dan lain-lain yang ada padanya. Satu contoh justifikasi tersebut adalah mengenai agama, menganggap bahawa prinsip-prinsip
moralnya ialah kehendak Tuhan, maka dia akan berpuas hati dengan kemoralannya dan berasa rasional untuk melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan
kebajikannya sendiri dalam jangka masa panjang.
Perspektif pemikiran Timur
Ditunjukkan oleh semangat juang Mahatma Ghandi yang mempunyai filosofi hidup yang dianut dan dijalaninya dengan teguh, berikut merupakan petikan daripada kata-kata beliau yang teguh dan tetap pendiriannya bagi memperjuangkan kemerdekaan India,
Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu tidak akan dapat memenjarakan pikiranku”.
Perspektif pemikiran Islam
Dijelaskan melalui kisah sumayyah binti Khayyat yang tetap pendiriannya dalam menyatakan agamanya ialah agama Islam. Pelbagai dugaan telah dilaluinya termasuk terpaksa mengorbankan ahli keluarganya demi menyatakan bahawa Allah SWT adalah Tuhannya dan Islam adalah agamanya. Kisahnya sering menjadi pedoman sebagai inspirasi bagi meneguhkan dan menetapkan iman kepada Allah bagi setiap muslim.


















4)    Berdisiplin
Huraian dan contoh
Berdisiplin merupakan satu ciri insan bermoral yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Berdisiplin boleh didefiniskan dengan pelbagai makna seperti patuh kepada peraturan, menepati masa dan banyak lagi. Patuh kepada peraturan khususnya kepada peraturan atau undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah institusi adalah perlu, begitu juga juga dengan ajaran yang ditetapkan oleh sesebuah agama.

Contohnya, jika melakukan perkara yang dilarang dan ditegah oleh ajaran agama seperti menyertai aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan seperti black metal, skin head dan banyak lagi adalah satu tindakan yang tidak berdisiplin dan akan menyebabkan pelaku mendapat dosa disamping merosakkan sahsiahnya. Insan yang berdisiplin akan sentiasa menepati masa dan tidak melengah-lengahkannya. Menepati masa adalah sangat penting kerana masa akan berlalu pergi dan tidak akan sesekali kembali. Oleh itu, tidak menepati masa merupakan satu kerugian yang besar kepada seseorang
Perspektif pemikiran Barat
Emmet, d. (1987) memberikan penjelasan tentang
tujuan manusia mengadakan peraturan, iaitu manusia lebih cenderung dalam mematuhi beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi perhubungan dengan orang lain.
Perspektif pemikiran Timur
Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara.

Etika hindu yang menggalakkan penganutnya mematuhi disiplin dengan melaksanakan ajaran agama Hindu dan melaksanakan upacara ibadat kepada tuhan mereka.
Perspektif pemikiran Islam
Menurut agama Islam, menepati masa adalah sangat penting sehingga terdapat satu surah di dalam Al-Quran yang dikenali sebagai ‘Al-Asr’ yang menekankan kepentingan menghargai masa dan kerugian melalaikan masa.























5)    Mesra dan ramah
Huraian dan contoh
Bersifat mesra dan ramah adalah sangat penting dalam mengekalkan ukhuwah dan silaturrahim sesama manusia. Insan bermoral yang mesra dan ramah adalah insan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan sekeliling serta tidak meninggi diri.

Contoh insan yang mempunyai ciri bermoral seperti ini tidak lokek dengan senyuman, sentiasa memberi salam dan senyuman dan tidak jemu bertanya khabar. Mempunyai sikap mesra dan ramah akan mendatangkan keselesaan kepada orang lain untuk mendampingi kita dan sentiasa disayangi oleh masyarakat sekeliling.
Perspektif pemikiran Barat
Nagel, Thomas (1970) dalam buku The possibility of altruism menjelaskan perkataan altruisme sebagai “Sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang
lain”.
Perspektif pemikiran Timur
Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."
Perspektif pemikiran Islam
Islam merupakan agama yang menggalakkan penganutnya bersikap mesra dan ramah mengikut sifat-sifat Ibadurrahman sebagai firman Allah SWT 
Sifat Ibadurrahman yang kedua adalah sifat Murah Hati saat bergaul dengan manusia, terutama dengan orang-orang yang jahil dan bodoh’ 

“… dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata yang baik (yang mengandung keselamatan,
                                                       (Q.S. Al Furqan: 63)























6)    Pemaaf
Huraian dan contoh
Sikap saling maaf memaafi perlu dipupuk untuk mengecapi hati yang bersih dan jiwa yang tenang. Insan yang bersifat pemaaf akan sentiasa berada dalam keadaan yang ceria kerana sentiasa berfikiran positif, tidak terburu-buru dalam melakukan pertimbangan dan tidak menanggung dendam yang akan membawa kemudaratan. Pemarah merupakan lawan kepada sifat pemaaf, insan yang pemarah akan sentiasa berasa tertekan dan mudah melakukan tindakan yang  melulu seperti meninggikan suara dan memukul. Malah, sikap pemarah juga akan menyebabkan perasaan benci kepada sesuatu perkara timbul dengan mudah disamping menjadikan fikiran sentiasa pesimis dan paranoid.

Contohnya, insan yang pemaaf akan mudah meleraikan pergaduhan dan memperbaiki hubungan dalam sesebuah ikatan persahabatan. Sekiranya tiada sifat pemaaf dalam diri seseorang individu, pertengkaran yang berlaku akan berlanjutan tanpa sebarang peleraian.
Perspektif pemikiran Barat
Warnock, G.J. (1976) menitikberatkan keadilan,
kasih sayang, dan keengganan menyakiti orang lain secara fizikal atau mental.

Ashmore,R, (1987) memberikan penjelasan yang terperinci tentang keperibadian mulia (virtues)
yang diperoleh dan dikaitkan dengan tabiat (habits) yang dibentuk kemudian.
Perspektif pemikiran Timur
Dalam kitab suci Sikh terdapat unsur-unsur kemoralan (Sikh Missionary Centre, 1990) mementingkan komponen perhubugan antara manusia dengan mengikis lima perkara yang tidak baik secara moral iaitu dorongan hawa nafsu, tamak, keghairahan dengan kehidupan duniawi, kemarahan dan keangkuhan.
Perspektif pemikiran Islam
Islam menggalakkan sikap pemaaf ini dipupuk berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
 “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.”
                                              (Surah Ali Imran, ayat 132).

Nabi Muhammad bersabda:
 “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.
                                                   (Hadis riwayat Bukhari).















7)    Berkepimpinan
Huraian dan contoh
Insan yang bermoral perlulah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Kepimpinan yang dimaksudkan ialah mampu membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira faktor-faktor lain dengan sendirinya dan mampu menjadi ketua atau pemimpin kepada orang lain. Sifat kepimpinan yang ada perlulah seiring dengan sahsiah dirinya yang mampu menjadi contoh kepada orang lain atau anak buahnya. Kebiasaannya, seorang pemimpin akan menjadi contoh atau role model kepada orang lain.

Contohnya, seorang bapa yang bertindak sebagai ketua dan pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Isteri dan anak-anak akan menjadikan suami atau bapa sebagai contoh dan bapa perlulah menyerlahkan sifat kepimpinan dalam dirinya dan menunjukkan sahsiah diri yang mahmudah disamping bertindak sebagai ketua keluarga yang berkaliber.
Perspektif pemikiran Barat 
Menurut Grassian,V. (1981), untuk menyelesaikan masalah dilema moral, selain daripada menggunakan kebijaksanaan atau intelektualnya (keperibadian mulia) dan merujuk peraturan-peraturan masyarakat, seseorang individu juga perlu memberikan pertimbangan kepada prinsip-prinsip moral yang sentiasa digunakan olehnya secara konsisten.
Perspektif pemikiran Timur
Confucius percaya bahawa pemimpin mestilah menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya. Keluarga yang baik akan menjadi tunggak dalam membentuk masyarakat yang baik dan murah hati. Contohnya, orang yang berkuasa mestilah menjadi murah hati dan baik terhadap sesiapa tanpa mengira siapa oang itu, dari mana dia datang dan asal keturunannya.

Perspektif pemikiran Islam
Menurut pandangan Islam, Nabi Muhammad SAW merupakan satu contoh insan yang mempunyai sifat kepimpinan yang dihormati dan disegani. Setiap bait perkataan yang dikeluarkan oleh Baginda akan dituruti dan dijadikan pedoman.

Begitu juga dengan kepimpinan khulafaur Rasyidin seperti berikut; Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M), 'Umar bin khaththab ra (tahun 13-23 H/634-644 M), 'Utsman bin 'Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M), Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M) dan  Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M).








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak