MID NUFF

Sejarah Kedatangan Sikh di Malaysia


Sejarah Kedatangan Sikh di Malaysia
            Sejarah kedatangan orang Sikh adalah sama jika dibandingkan dengan imigran-imigran lain pada awal kurun ke 19. Faktor ekonomi dilihat sebagai penyebab kedatangan imigran Sikh secara beramai-ramai ke negara-negara Asia Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Tanah Melayu.
            Selain itu, faktor masalah kekurangan tanah, pertambahan jumlah penduduk serta bencana alam menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berhijrah ke negara Asia Tenggara. Tersedianya peluang-peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai bidang serta polisi imigran yang agak liberal, menarik mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu yang pada ketika itu diperintah oleh pihak Inggeris.
            Pada pertengahan abad ke 19, semakin ramai orang Sikh yang telah berhijrah ke Tanah Melayu. Pihak British telah menggunakan orang-orang Sikh dari India yang merupakan salah satu daripada tanah jajahan British, untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk badan yang tegap. Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh tertumpu ke negeri Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan “Perak Armed Police”(PAP). Ini juga merupakan faktor utama mengapa boleh terjalinnya hubungan yang kukuh di kalangan orang-orang Sikh dalam pasukan keselamatan ini. (Sushila, 1990)
            Pada kurun ke 20 pula, orang Sikh yang berhijrah ke Malayisa mula berkhidmat di sector-sektor kerajaan mahupun swata. Mereka telah bekerja sebagai pengawal keselamatan, bekerja di sektor pertanian, menternak lembu, menjadi buruh dan pemimjam wang.
            Penempatan awal orang Sikh tertumpu di pantai barat iaitu di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan  dan Selangor. Bandar-bandar yang menjadi tumpuan orang Sikh termasuklah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh kerana kumpulan mereka kecil jika dibandingkan dengan etnik yang lain, maka mereka didapati berselerak secara luas. Jika terdapat lebih kurang dua puluh keluarga di satu-satu kawasan penempatan, maka penempatan itu dikenali sebagai kampung Benggali.
            Orang Sikh yang termasuk juga orang Punjabi adalah dirujuk sebagai satu “komuniti agama”. Mereka membeza-bezakan satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dengan berdasarkan system kasta dan juga pembahagian kawasan. Bahasa ibunda orang Sikh adalah bahasa Punjabi tetapi terdapat banyak dialek yang digunakan oleh mereka di kawasan- kawasan yang berkaitan. Orang Sikh secara umum dapat dikategorikan sebagai “Arora Sikh”. “Jat Sikh”, Mazhbi Sikh” , mengikut pengkhususan pekerjaan mereka.
            Orang Sikh Jat seterusnya dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut pembahagian kawasan di tempat asal nenek moyang mereka di Lembah Kudus. Ketiga-tiga kumpulan ini adalah Jat Maiha, Jat Malwa dan Jat Doabia. Ketiga-tiga ini merujuk kepada sempadan-sempadan atau cawangan Sungai Indus.













Faktor kedatangan Sikh ke Tanah Melayu





Penglibatan Sikh dalam pekerjaan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak