MID NUFF

TEORI KEMORALAN SOSIAL


TEORI KEMORALAN SOSIAL

            Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara keseluruhan. Pada pendapat kami, teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat.
            Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral ynag telah ditetapkan oleh masyarakatnya.
            Teori ini banyak memberikan kelemahan pada memberikan kebaikan. Antaranya ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu juga, banyak berlaku salah faham, koflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Teori ini juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang ada kerana masa dan keadaan telah banyak berlaku perubahan.
            Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu sukar untuk berlaku.
            Sebagai contoh, undang-undang yang digunakan dalam Institut Perguruan Tuanku Bainun, iaitu tidak membenarkan penggunaan alatan elektrik dalam asrama. Perkara ini banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar atau guru pelatih. Perkara ini banyak menyusahkan guru pelatih untuk menggunakan alatan seperti seterika dan juga alat pemanas air. Guru pelatih memerlukan satu penampilan yang baik. Memang telah disediakan alatan seperti itu, namun alatan itu sudah usang dan buruk serta tidak menjamin keselamatan guru pelatih untuk menggunakannya.
            Namun, guru pelatih terpaksa melakukan perkara yang melanggar undang-undang institut. Perkara seperti ini yang tidak sepatutnya dan tidak diingini berlaku. Bagaimana seorang guru ingin mengikut peraturan jika peraturan itu menyusahkan mereka sendiri? Jadi, contoh inilah yang dapat kami berikan.

Comments

  1. contoh yg sgt menarik! #TS

    ReplyDelete
  2. sgt membantu...thanks yea...

    ReplyDelete
  3. terangkan kat saya pasal contoh situasi tuh, saya tak faham

    ReplyDelete
  4. sgt membantu��

    ReplyDelete
  5. Siapa yang buat teori ini.. Aristotal ke?

    ReplyDelete
  6. izinkan saya menggunakan isi ini untuk menjawab forum

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak