PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH
PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH Dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing. Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu memilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan daripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggal...